“Saya Bukan Menafikan Peranan Wartawan Terhadap Karier Saya..” Zamani Akhiri Zaman Bujang Dengan Mengahwini Gadis Idamannya

Tahniah diucapkan buat Zamani Ibrahim yang telah selamat bernikah dengan pasangannya, Nur Juliana Abdul Rani.

Memetik Harian Metro, pasangan tersebut diijabkabulkan di dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur, malam tadi.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 48 tahun itu memohon maaf kepada pihak media kerana tidak berkongsi hal berkenaan lebih awal.

“Saya minta maaf kerana majlis ini dibuat secara tertutup dan hanya membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya bukan menafikan peranan wartawan terhadap karier saya, tapi ini hanya majlis akad nikah dan kami akan jemput semua pihak pada majlis resepsi yang dirancang nanti,” kata Zamani seperti yang dipetik.

Difahamkan Zamani sudah lama mengenali Juliana, yang juga merupakan pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya.

Jun lalu, Zamani pernah mengumumkan dirinya mahu bertunang dengan Juliana menerusi sebuah majlis.

Malah, keduanya juga pernah menyanyi bersama pada majlis bersama peminat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan.

Sumber/Foto: Harian Metro, ZIME Production

Artikel Berkaitan   Remaja Oku Menangis Gara-Gara Tidak Dapat Solat Jumaat Di Masjid, Netizen Tersentuh Melihat Video Ini