“Saya Dah Jumpa Doktor Banyak Kali, Tapi Saya Tetap Rasa Tak Dapat Bernafas Dengan Sempurna.. Ya Allahhhhh”

Pelakon Datin Diana Danielle mendapatkan rawatan selepas mengalami serangan keresahan (anxiety) sejak dua minggu lalu.

Diana, 28, berkata, dia cuba untuk melawan dan mengawal serangan tersebut namun keadaan kesihatannya semakin meruncing sejak tiga hari lalu.

Menurutnya, sejak tiga hari lalu, dia tidak boleh bernafas secara normal dan terpaksa menahan kesakitan setiap kali mahu bernafas.

“Sejak dua minggu lalu, saya mengalami serangan keresahan. Saya menyedari serangan tersebut kerana terdapat beberapa simptom yang muncul secara berperingkat.

“Sejak dua minggu yang lalu, tapak tangan saya kerap berpeluh, hilang selera makan dan insomnia. Namun sejak tiga hari lalu, saya sukar untuk bernafas dan dada terasa sempit,” katanya menerusi laman Instagramnya.

Isteri kepada pengarah dan pelakon, Datuk Farid Kamil itu berkata, dia akan berkongsi perkembangan lanjut mengenai dirinya selepas pulih daripada menjalani rawatan.

“Selepas pulih kelak saya akan berkongsi segala-galanya semoga memberi manfaat kepada semua. Serangan keresahan amat menyakitkan,” katanya.

Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan secara jelas punca pelakon Raisha 2 itu mengalami serangan berkenaan.

Pelakon, Yana Samsuddin turut meninggalkan komen di laman Instagramnya berserta ucapan supaya Diana segera sembuh. – K! ONLNE

(Visited 616 times, 1 visits today)