“Saya Dengan Berat Hati Akan Meninggalkan Rancangan Meletop” Ucapan Paling Sedih, Netizen Rindu Gelak Dan Bersin Neelofa

Semalam, pengacara rancangan MeleTOP, Neelofa, telah membuat pengumuman bahawa beliau akan bersara daripada mengacarakan rancangan tersebut.

Pengumuman itu sekaligus menjawab spekulasi orang ramai kononnya beliau akan membuat pengumuman perkahwinan.

“Saya dengan berat hati akan meninggalkan rancangan MeleTOP dan ini menjadi bulan terakhir saya.

“MeleTOP telah banyak mendidik saya dan kerjaya seni saya membesar bersama rancangan ini. Ia ibaratnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya,” katanya.

Menjengah ke laman Twitter, rata-rata peminat turut meluahkan rasa sedih selepas Neelofa membuat pengumuman sedemikian, sehinggakan ada yang akan merindui gelak ketawa serta bersin pengacara ini selepas ini. Sehinggakan tandapagar #ThankYouLofa menjadi trending di Twitter semalam.