“Saya Kagum Dengan Sharnaaz, Sanggup Ketepikan Ego Sendiri, Harap Dia Tahu”

PENYANYI Lufya Omar memetik nama pelakon, Sharnaaz Ahmad yang wajar dicontohi sebagai figura bapa bertanggungjawab walaupun berlaku persengketaan dalam rumah tangganya dengan isteri, Noor Nabila.

Lufya ketika dihubungi berkata, dia kagum dengan sikap Sharnaaz serta Nabila yang mengetepikan ego masing-masing demi kebahagiaan anak mereka.

“Saya petik (nama Sharnaaz), sebab sikapnya yang sangat positif. Dia sanggup buang ego demi anak,” katanya kepada Harian Metro.

Lufya memetik perkara itu ketika ditanya mengenai perkembangannya selepas sah bercerai dengan bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 17 Jun lalu.

“Saya sentiasa izinkan dia (Hafiz) untuk berjumpa anak kami, tetapi dia yang tak mahu datang ke rumah.

“Padahal saya sudah maklumkan kepadanya, kalau tak nak jumpa di rumah, boleh ke kawasan ‘club house’ yang ada menyediakan perpustakaan serta taman permainan,” katanya.

Mengakui kehidupannya kini lebih bahagia, Lufya bagaimanapun tak mampu megelak perasaan bimbangnya mengenai isu anak.

“Saya bahagia tapi bila sentuh pasal anak, ia melemahkan hati seorang wanita. Saya harap, semua dapat doakan supaya dia (bekas suami) bersetuju untuk berbincang dengan baik.

“Saya nak pergi Umrah bawa anak pun tak boleh kerana isu rumah tangga kami dan itu membuatkan saya berfikir banyak perkara,” katanya.

Sementara itu, Lufya turut menasihati bekas suaminya supaya boleh memilih kawan-kawan yang sesuai.

“Kawan-kawan yang baik adalah rakan yang akan menasihati kita supaya melakukan perkara-perkara baik.

“Bukannya, mereka beri nasihat yang tidak sewajarnya dan bawa pula ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya,” kata Lufya.

Apapun, Lufya amat berterima kasih kepada rakan-rakannya di dalam kumpulan WhatsApp, Khadijas yang disertai.

Artikel Berkaitan   6 Petanda Sehari Sebelum Tibanya Sakaratul Maut. Mohon Sebarkan Untuk Kebaikan

“Saya sayangkan Khadijas kerana di situ, kami saling sokong dan menguatkan satu sama lain di samping dapat berkongsi pelbagai ilmu bermanfaat,” katanya.

Justeru, Khadijas juga bakal muncul dalam satu program terbitan platform digital patuh syariah, Nurflix Original.

kredit harian metro