“Saya Masih Terkejut Dengan Pemergian Secara Mendadak” Ibu Reda Pemergiaan Dr. Md. Farid

Ibu kepada Ahli Parlimen Tanjung Piai, Allahyarham Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik reda dengan pemergiaan anaknya pada pukul 6 pagi ini.

Norma Mohamed, 62, yang masih terkejut dengan pemergian anak sulungnya itu sempat menghadiri majlis bersama-sama anaknya itu di Taman Pontian Jaya di sini malam tadi.

“Selepas selesai majlis tersebut, beliau bertemu dengan pegawai-pegawainya di rumah saya di Kampung Serkat Laut di sini sehingga pukul 4 pagi tadi.

“Saya pun hanya diberitahu pemergiaan anak saya pada pukul 6 pagi ini oleh seorang daripada anak saya ketika membuat sarapan pagi,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di kampung itu sebentar tadi.

Tambah Normah, Allahyarham adalah anak sulung daripada tujuh adik beradik terdiri daripada enam lelaki dan seorang perempuan.

Katanya, pada majlis malam tadi, arwah sempat memeluknya dan bertanya khabar kerana beliau sudah lama tidak balik ke kawasan.

“Arwah juga ada memberitahu program pada 26 September ini dan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah permohonanan oleh pengundi di Tanjung Piai,” ujar Normah.

Normah menambah, arwah tidak menuniukkan sebarang perubahan atau tanda -tanda sakit semasa berada di rumahnya malam tadi. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Kerana Cemburu Mangsa Rapat Dengan Guru Dan Warden, Pelajar Ini Dipukul Sampai Mati, Bapa Tidak Sangka Ia Berlaku