Setelah mendirikan rumah tangga dengan Nur Juliana Abdul Rani, 36, penyanyi lagenda Zamani Slam berusia 48 tahun, akhirnya menunaikan niatnya untuk menunaikan umrah.
Semalam, Zamani bersama isteri dan ahli keluarganya yang lain dikhabarkan telah berangkat ke Tanah Suci, Mekah. Penyanyi itu sempat memohon maaf kepada kenalan dan peminat sebelum menaiki pesawat.
Ketika ditemu bual media Zamani memberitahu bahawa dia mahu fokus melakukan beribadat tanpa, memikirkan soal lain sepanjang berada di Mekah selama 12 hari.
“KALAU NAK DIFIKIRKAN MACAM-MACAM PERKARA, MEMANGLAH TAKKAN HABIS. TAPI INSYA-ALLAH SAMPAI SAHAJA DI SANA, SAYA NAK FIKIR IBADAT SAHAJA…”
Malah, penyanyi Gerimis Mengundang itu juga tidak membawa telefon bimbitnya, berikutan tidak mahu terganggu sepanjang menjalani ibadah umrah.
Turut kelihatan, penyanyi BBNU Zyn Akal yang merupakan anak saudara kepada Zamani, juga antara ahli keluarga yang bersama-sama mengikuti mengerjakan ibadah umrah.
Sepanjang mengerjakan umrah, Zamani berhasrat mendoakan untuk semua kenalan dan peminat selain meminta keampunan daripada Allah atas dosa dilakukan. Semoga Zamani dan keluarga selamat sampai dan pulang.
Sumber : Harian Metro