Saya Sayangkan Awak Baby Botak

Sebuah paparan video menunjukkan seekor kucing, menyapa kepala bayi dan kemudian menjilatnya seolah-olah seperti menjaga anaknya sendiri.


Jika anda mempunyai bayi di rumah, ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Seperti, adakah selamat untuk mempunyai haiwan peliharaan kesayangan di rumah dan bagaimana ia akan bertindak balas dengan bayi?

Lemisie, pemilik haiwan peliharaan kucing tersebut, agak risau tentang bagaimana dia akan bertindak balas terhadap bayinya.

“Kucing pun mahu disayangi, tetapi bayi memerlukan lebih banyak lagi,” kata Lemisie. Bagi sesetengah kes, haiwan peliharaan akan berasa cemburu jika terdapat ahli baru dalam keluarga seperti kehadiran haiwan baru ataupun bayi. Tetapi pada video yang telah dipaparkan ini, ia menunjukkan sebaliknya. Malah ia adalah permulaan bagi persahabatan yang amat berharga.

Dan jika diperhatikan tangan bayi itu, dia memegang kaki kucing peliharaannya dengan penuh kasih sayang.

Sumber: www.erabaru.com.my