“Saya Sedar Ayah Dalam Keadaan Rentung Nyawa-Nyawa Ikan, Kat Badan Dia Ada Api Menyala” Bapa Ini Bakar Diri Sendiri

GOMBAK – Seorang warga emas maut selepas dipercayai bertindak membakar diri sendiri dalam kejadian di Kampung Melayu Sri Gombak di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian daripada anak mangsa kira-kira jam 9.10 pagi.

Menurutnya, kejadian disedari anak mangsa yang melihat ayahnya dalam keadaan terbaring di bawah garaj kereta dengan seluruh badannya terbakar.

“Anak mangsa cuba memadamkan api dengan menyiram air sehingga api terpadam sebelum terus menghubungi ambulans.

“Mangsa berusia 74 tahun bagaimanapun disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal dan berdasarkan maklumat daripada anak mangsa memberitahu bapanya mempunyai sakit mental dan masih berada dalam rawatan di Hospital Selayang.

Katanya, tiada unsur jenayah dikesan dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan   Anjing Nak Serang Uncle Tua Tengah Jalan, Sekali Uncle Buka Langkah Terpegun Anjing