“Saya Tak Pergi Mana Saya Duduk Rumah Saja’ Aliff Syukri Tertekan Gara-Gara Netizen Sering Cari Kesalahan Dan Menyalahkannya

KUALA LUMPUR, 10 April ― Pengasas D’Herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengakui rasa tertekan dengan tindakan segelintir pihak yang sering mencari kesalahannya.

Menerusi sebuah video dimuat naik di media sosial, Aliff berkata setiap perkara dilakukan kerap kali disalah erti selain turut menerima tuduhan tidak berasas daripada individu tertentu.

Terbaharu, wujud dakwaan bahawa Aliff telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana ia merupakan suatu kesalahan berat.

“Saya keluar rumah awak kata saya langgar PKP, saya tak pergi mana saya duduk rumah saja,” katanya dalam video berkenaan.

Terdahulu, Aliff turut mempertahankan tindakannya menyemak status kelayakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang turut dikecam segelintir pihak.

“Saya bukan nak (wang) pun, kalau dapat Alhamdulillah.

“Saya periksa pun salah, saya jual kuali ni pun salah, saya makan dengan anak pun salah, apa salah anak saya?” katanya lagi.

View this post on Instagram

Saya berasa amat sedih sangat apa yang saya buat sering dan selalu dipertikaikan natizen..sedangkan saya tidak kacau hidup orang pun. Sedangkan saya hanya duduk di @sugehhillresortjandabaik .. . Kadang kala gambar yang saya posting itu adalah gambar gambar yang lama. – – Tetapi saya sering dikecam dan dihina kononya suara tidak sedap sedangkan suara sy merdu.. suara macam babi, awak tidak berhak dapat duit, awak sombong. Semuanya. Menyanyi salah, berniaga salah, berjalan salah, makan dengan anak anak salah. – – Apakah sebenarnya rakyat Malaysia mahukan. Apa yang korang tidak puas hati dengan saya. Saya hanya sekadar berniaga sahaja. Kadang kadang orang tidak faham masalah saya, hanya nampak kelemahan dan keburukan saya. Tetapi orang tidak nampak kebaikan saya. – – Kepada anda yang ingin berniaga sila whatsapp pada no yang tertera. Senang nak buat duit Muslim carola ni boleh wussp manager sy Di bawah👇🏻👇🏻 Azah 0197790422 Rahimah ‭0173742851‬ Mashitah 0163227127

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sementara itu, Aliff turut memohon kepada orang ramai agar tidak mengganggu kehidupannya yang menginginkan ketenangan bersama keluarga.

Setakat berita ini ditulis, video dimuat naik Aliff menerima lebih 375,833 tanda “suka” setakat ini.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Hanya Kerana Nasi Lemak, 24 Orang Termasuk Penjual Nasi Lemak Ditahan Polis