Saya Tak Pernah Ajar, Tetiba Dia Datang Terus Cium Mulut Saya. Terkejut Saya.. Rupanya Ada Stranger Ajar- Yana Samsudin

Banyak perkongsian di laman media sosial dimana ramai ibu berkongsi gelagat ketika menyambut Hari Raya. Antaranya adalah dimana anak-anak kecil dipeluk dan dicium oleh orang luar tanpa mempunyai kesedaran tahap kebersihan badan. Terbaharu, selebriti dan juga ibu kepada Aisy Mateen,  Yana Samsudin juga berkongsikan pengalaman beliau berhadapan dengan gelagat anak yang sudah pandai mencium mulut dan dicium mulut oleh orang luar. Memang terkejut dibuatnya!

“SEMALAM ANAK SAYA TETIBA CIUM MULUT SAYA”

Semalam , anak saya Aisy Mateen tetiba cium mulut saya ketika saya tengah tengok tv. Saya terkejut. Tak tahu siapa buat dengan dia. Saya bagitau dia , cium kat pipi dan dahi boleh , mulut jangan! Kalau ada orang lain nak buat cakap no!! Jerit kuat kuat! Benda tu salah! Bagitau mommy daddy siapa yang buat.

Cium pipi dan dahi Mommy daddy, opah dan tok daddy je boleh. Orang lain jangan, pastu minta dia repeat apa yang kita cakap atau buat tanda sign…

Hahaha nervous mommy kang tetiba kat sekolah tadika nanti dia cium. Kawan dia pulak tanda sayang…

“ADA STRANGER CIUM MULUT ANAK”

Ada 2 kali pengalaman , masa mateen umur setahun lebih gitu. Kat satu kat kedai makan jasmine ttdi. Ada stranger datang buat buat buat berbual dengan kita, dia cakap dia suka budak lepas tu dia kata dia takda anak walaupun dah lepas kahwin. Lepas tu dia hulur rm1 kat mateen , then tetiba dia cium mulut maten ! Zap!! Dan terus blah!!! In a second! I terpaku terus eh apa ko buat ni?

Terus lap lap mulut mateen dan masa tu perasaan aku macam aku yang kena moles! Eiii rasa nak marah. Sampai rumah tak masih tak boleh terima kenyataan. Rasa nak salah kan diri sendiri teruk teruk. Ni baru kita yang rasa . Tak tahu lah anak kita macam mana kalau dia ingat .

DAHLAH BAU ROKOK, BUSUK!

Satu lagi masa jamuan istimewa di kalangan artis. Yang tu pun sama, berbual dengan saya sambil agah agah budak tetiba cium mulut! Pastu blah laju laju! Eh! Dengan bau rokok busuk!

Lepas pengalaman tu, memang berhati hati teruk! Tak bagi sangat dia salam dengan orang lain. Kecuali keluarga. Mommy nya yang trauma tau….ni baru kes kecik.. So hopefuly kalian kat luar tu boleh panjang kan message ni jangan lah menggatal mulut nak cium mulut budak kecik bukan anak ko !

Lepas tu kalau ada dah terkena sebarkan lah secara senyap siapa orang yang suka buat macam tu jika kenalan. Bagi alert orang lain pulak. Saya update status ni sebab teringat perkongsian di fb sahabat saya Akhi Fairuz … pasal kes kes yang berkaitan dengan pendidikan seksual ni …

Sumber : Yana Samsudin

(Visited 312 times, 1 visits today)