“Saya Tak Pernah Pergi Pasar Atau Memandu Kereta Seorang”

Sudah bergelar isteri, pasti ianya fasa baharu buat Emma Maembong kerana perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Emma mengakui dia tidak ke pasar untuk membeli barangan dapur.

Menurut Emma, meskipun ianya perkara yang mudah namun agak mencabar buatnya. Perkara itu didedahkan Emma di dalam program realiti, The House musim pertama dalam episod kedua yang pernah ditayangkan pada tahun 2016.

Dalam pada itu, Emma berkata dia juga tidak suka memandu seorang kerana kurang keyakinan diri, malah dia tidak pernah memandu seorang diri.

“Ia perkara yang besar buat saya sebab tak pernah pergi pasar atau memandu kereta seorang. Ia agak mencabar walaupun sebenarnya benda yang mudah.

“Tambahan pula saya tak suka memandu seorang diri kerana kurang keyakinan diri,” katanya.

Menerusi episod itu, Emma diberi cabaran mencari barang dapur untuk dimasak oleh Chacha Maembong dan Yaya Maembong. The House mengisahkan kehidupan tiga beradik selebriti popular, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong.

Difahamkan, drama siri realiti The House itu ditayangkan semula menerusi portal Astro Gempak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

 

Sumber : Rotikaya