“Saya Terbau Busuk, Bila Saya Cek Terkejut Rupanya Bau Mayat Ditetak Lapan Bahagian Badan”

MELAKA TENGAH – Mayat tidak sempurna ditemui oleh seorang pemotong rumput ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan semak berhampiran jalan utama Kampung Landang, Krubong di sini petang tadi.

Difahamkan mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui individu berusia 37 tahun sekitar jam 4 petang dan memaklumkannya di Balai Polis Tanjung Minyak.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata, mayat tanpa pakaian itu ditemui dengan sekurang-kurangnya lapan bahagian badan selain disyaki dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.

Menurutnya, mayat terbabit dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Polis mendapati mayat itu berada dalam keadaan tidak sempurna dan disyaki di bunuh di tempat lain.

“Identiti mangsa termasuk jantina belum diketahui. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini kita belum menerima sebarang laporan orang hilang dan jika ada di antara mereka yang hilang ahli keluarga atau kenalan boleh membuat laporan polis di balai polis berdekatan,” katanya ketika sidang akhbar di lokasi kejadian itu sebentar tadi.

Mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat

Ketika ditanya sama ada mayat ditemui lebih dari seorang individu, Afzanizar bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan segala keputusan akan dimaklumkan selepas menerima laporan bedah siasat.

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia selalu menggunakan jalan tersebut yang menjadi laluan utama penduduk tetapi tidak mengesyaki kejadian berkenaan.

“Memang beberapa hari lalu ada bau busuk tapi saya sangka bau bangkai haiwan. Kami tidak ambil tahu tetapi terkejut rupanya bau mayat,” katanya.

Artikel Berkaitan   Beri Nama Anak “Sanatiser”, Ibu Bapa Ini Jelaskan Sebab Mereka Berbuat Demikian