“Saya tercampak ke depan.” – Ebit Lew kemalangan pulang dari dakwah

Baru sahaja memuat naik mengenai ziarah dakwahnya ke rumah Alif Aziz di Singapura, hari ini pendakwah yang dihormati setiap lapis masyarakat Ustaz Ebit Lew telah memaklumkan bahawa dirinya dan 3 lagi sahabat mengalami kemalangan.


Ada kereta yang tiba-tiba himpit
Berita tersebut dimaklumkan sendiri oleh beliau menerusi laman Instagramnya pada pagi tadi. Menurut Ebit Lew, kemalangan berlaku semasa mereka bergerak pulang dari selatan Tanah Air untuk pulang ke ibu kota.

Tambahnya lagi, kecelakaan tersebut berlaku semasa jam tiga pagi di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau turut memberitahu mengalami sedikit kecederaan ringan dan menceritakan bagaimana kemalangan tersebut telah berlaku.

View this post on Instagram

Dah 3hari tak balik kemalangan 3 pagi ini. Tadi dari balik ceramah Masjid Poli Pasir Gudang ke kl. Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde kereta lain di highway. Saya cuba elak sampai hampir kena divider kanan. Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung. Ada kereta berhenti sekejap semua terus jalan. Tiba saya pandang mana kereta satu lagi. Cari dekat belakang. Kereta tu terbalik. Kita dah bawa bertenang elok tiba-tiba orang mengantuk atau leka langgar kita. Allahu. Itu namanya takdir Allah. Syukur semuanya selamat . Disebalik musibah hari ini ada rahmat Allah menanti. Kasih sayang Allah. Staf plus dan towing semua kenal. Bergambar-gambar kami. Dapat dakwah. Cian ustaz penat dakwah sana sini kata mereka. Takde apalah abang. Semua kerana dia sayang. Saya dapat jumpa abang. Dia beri musibah supaya terselamat dari musibah lagi besar. Seorang abang plus peluk sebak. Dah lama nak jumpa ustaz. Saya ingat ustaz. Saya ingat Allah sayang. Saya banyak diuji tapi selalu ingat Allah sayang. Hari ini walau teruk ustaz tetap cakap Allah sayang. Terima kaseh abang polis. Abang plus. Abang towing. Syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Terima kaseh Ya Allah..-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde kereta lain di highway. Saya cuba elak sampai hampir kena divider kanan.”
“Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung.” – Katanya.

Allah masih sayang…
Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen telah meninggalkan komen di ruangan Instagramnya dengan berasa terkejut dengan kejadian yang menimpa pendakwah terkenal tersebut.

Mereka turut memberi pesanan supaya Ebit dan rakan-rakannya lebih berhati-hati semasa memandu. Ucapan semoga cepat sembuh turut kelihatan di ruangan komen dan warganet juga mendoakan agar merek dipermudahkan segala urusan berkaitan dakwah selepas ini.