“Saya Terkejut Bila Dia Terus Masuk” Lelaki Ini Seriuw Bila Nak Mandi Tiba-Tiba Biawak Meluru Ke Arahnya

Hasrat seorang pekerja kilang lelaki untuk mandi terbantut selepas menyedari kehadiran anak biawak sepanjang 150 sentimeter di bilik air rumahnya dalam kejadian di Taman Harumanis di sini semalam.


Kejadian kira-kira pukul 1.25 petang itu berlakuketika mangsa berusia 36 tahun dikatakan sedang bersiap untuk pergi kerja.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.27 petang dan tiba empat minit kemudian.

“Hasil pemeriksan mendapati anak biawak seberat lima kilogram itu didapati bersembunyi di belakang pintu bilik air rumah teres tersebut.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk menangkap reptilia itu menggunakan penjerut khas sebelum dilepaskan ke habitat asal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan cuaca panas ketika ini mengakibatkan anak biawak itu memilih kawasan lembap seperti bilik air untuk bersembunyi. – K! ONLINE