
Tiada isteri yang mampu mengawal emosi mereka selepas mengetahui sang suami yang sentiasa bertungkus lumus mencari sumber rezeki buat keluarga tiba-tiba meninggal dunia dalam keadaan yang agak menyedihkan
Zahlawati Zahlan,47 merupakan isteri kepada arwah Mohamed Zaili Mohamed, yang maut dirempuh oleh seorang pemandu mabuk disekitar 1.30 awal pagi tadi.
Video rakaman orang awam -motosikal mangsa diseret beberapa kilometer dari lokasi kejadian sebelum suspek berhenti di depan stesen LRT Titiwangsa. pic.twitter.com/XlG1fjO0XV
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) May 31, 2020
Tidak akan memaafkan pemandu mabuk tersebut
Menurut Zahlawati dia tidak akan memaafkan pemandu berkenaan memandangkan dia bukan sahaja kehilangan suami malahan kini hilang tempat bergantung.
Tambahnya, arwah melakukan pelbagai pekerjaan sambilan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) hanya untuk menangung keluarga
Foto : Redzuan MPB
“Saya tidak maafkan, nyawa tidak boleh diganti dengan wang, saya kini betul-betul hilang arah.
“Arwah buat pelbagai kerja termasuk menghantar makanan yang ditempah pelanggan melalui perniagaan kecil-kecilan saya.
“Kini saya hilang arah dan punca. Arwah meninggalkan empat anak tiri berusia tujuh hingga 15 tahun dan anak bersama saya berusia enam tahun,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.
“Dia keluar untuk menghantar makanan di rumah rakannya di Pantai Dalam pada jam 9.30 malam. Kira-kira jam 1.30 pagi saya cuba hubungi arwah sebanyak lima kali namun tidak berjawab, namun panggilan keenam dijawab orang awam yang memaklumkan suami saya terbabit kemalangan.
“Saya terus bergegas ke lokasi dan mendapati arwah sudah tidak lagi bernyawa, dia dilihat terbaring dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.
kredit buzzkini