“Saya Yang Tak Jadi Kahwin, Orang Lain Pula Yang Menggelabah.” Ini Jawapan Remy Ishak Tentang Jodoh

Sebelum ini ramai juga yang teruja dan mengucapkan tahniah apabila Remy Ishak memberitahu dia akan menamatkan zaman bujangnya pada Februari 2020. Bagaimanapun, Remy menjelaskan ia sekadar gurauan sahaja.

Sudah berusia 37 tahun, Remy akui hatinya terdetik untuk berkahwin tetapi buat masa ini dia perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap karier lakonannya terlebih dahulu.

Remy meminta peminat mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya dan sekiranya sudah bertemu jodoh pasti dia akan mengumumkan berita gembira dengan umum.

Saya bergurau sahaja dengan pihak media apabila mengumumkan tarikh majlis kahwin. Tak sangka pula ia jadi sensasi. Saya yang tak jadi kahwin, orang lain pula yang menggelabah.

Saya masih solo dan belum bertemu pengganti. Kalau ada jodoh, saya akan beritahu. Saya juga mohon semua peminat mendoakan yang baik-baik sahaja.

Bohonglah kalau saya cakap tak pernah fikir soal kahwin tetapi buat masa ini perlu beri sepenuh perhatian terhadap karier lakonan.

Terdahulu, Remy pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, Ezza Yusof pada Mei 2017 namun hubungan mereka berakhir pada Februari lalu.