“Sebaik Selesai Minum, Lelaki Tu Membuka Seluarnya Dan Menunjukkan Kemaluannya Kepada Saya”

KUALA TERENGGANU – Lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita pada 26 September lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Rafi Alam Mohd Alam, 30, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Berdasarkan pertuduhan tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu jam 9.45 pagi di sebuah kedai makan di Kampung Pak Katak, Kuala Nerus.

Dengan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun.

Berdasarkan fakta kes, ketika mangsa berada di sebuah kedai makan, seorang lelaki warga Myanmar datang ke situ untuk minum.

Sebaik selesai minum, lelaki berkenaan telah membuka seluarnya dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa dan mangsa telah melarikan diri ke dalam rumah untuk meminta tolong.

Pada jam 1.40 petang hari yang sama ketika mangsa berada di kedai itu, lelaki berkenaan datang semula dan mangsa meminta tolong anak saudaranya untuk menangkap lelaki warga Myanmar itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Gong Badak.

Lelaki itu ditahan pada hari yang sama oleh sepasukan anggota polis dan siasatan serta rakaman percakapan mangsa juga diambil.

Pendakwaan bagi kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 17 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Artikel Berkaitan   Tular Video Pegawai DBKL Sepak Kotak, Minta RM5, Akhirnya Inilah Kenyataan Pegawai DBKL Yang Sebenar