Sebak Nyanyian Live Terkucil, Nabila Razali Mohon Maaf

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila tular nyanyian Nabila Razali yang ‘terkucil’ disebuah program raya secara langsung. Susulan kesilapannya itu, rata-rata netizen mempersoalkan kemampuan vokal penyanyi itu.

Menerusi dihujung persembahan, kedengaran Nabila seperti sebak seolah terkilan kerana tidak dapat melakukan yang terbaik di bahagian korus lagu tersebut.

Di Twitter, seorang netizen berkongsikan video ketika rehearsal semuanya berjalan lancar sahaja. Mungkin gemuruh ketika membawa lagu tersebut secara live buat pertama kalinya.

Bagaimanapun, seperti sudah dijangka ramai yang mengecam penyanyi itu malah mencadangkan agar Nabila masuk kelas vokal untuk memperbaiki lagi mutu nyanyian.

Sedar dirinya menjadi bualan ramai, lewat malam tadi Nabil tampil memohon maaf menerusi Instagramnya kerana gagal membawa lagu Peluang Kedua dengan baik dan menghampakan para peminat.

Disamping itu, Nabila turut berjanji akan memperbaiki mutu persembahannya di masa akan datang dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan padanya.

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata rakan artis dan peminat memberikan kata semangat kepada Nabila serta mengatakan ianya perkara biasa yang selalu dialami oleh penyanyi termasuk mereka yang berpengalaman sekalipun.

Sumber : Rotikaya