“Sebelum Ini Saya Bertudung Kerana Hormati Ramadan” – Zizi Kirana Dikecam Kerana Tidak Lagi Bertudung

Enggan berpura-pura, Zizi Kirana menjelaskan penampilannya yang berhijab tempoh hari adalah bagi menghormati bulan Ramadhan sahaja. Malah kata Zizi buat masa ini, beliau masih belum bersedia untuk berhijrah.

“Saya tahu ramai yang marah dan bertanya kenapa tidak terus bertudung selepas Syawal, tetapi saya tidak mahu hidup berpura-pura. Apa yang dilihat di luar dan di media sosial, itu diri saya yang sebenar”

“Saya tidak perlu hidup dalam kepalsuan hanya kerana mahu meraih perhatian dan pujian. Sebelum ini, saya bertudung kerana menghormati bulan Ramadan, selain menyahut cabaran berhijab seperti yang dicetuskan Mizz Nina”

Bagaimanapun, Zizi mengakui punya niat untuk berhijrah dan mengharapkan usaha ke arah itu dipermudahkan. Terdahulu Zizi mendedahkan bahawa dirinya dikecam gara-gara tidak lagi bertudung seperti sebelum ini.

“Tiada siapa yang memaksa saya melakukannya, sebaliknya saya buat atas kerelaan sendiri. Sama seperti orang lain, saya juga mahu berubah ke arah yang lebih baik dan berharap usaha itu dipermudahkan,” jelasnya.

(Visited 22 times, 1 visits today)