Sedang membeli belah, pengunjung panik ruang pameran Mid Valley terbakar!

Malang tidak berbau, sejak semalam tular beberapa rakaman memaparkan salah satu ruangan di dalam pusat beli belah terkemuka di Johor Bharu, telah terbakar.

Video yang tular itu telah dirakam oleh salah seorang pengunjung, dapat diperhatikan kesemua yang berhampiran kawasan kebakaran tersebut mula cemas selepas api mula marak.

Petang tadi kebakaran di Mid Valley JB. Peralatan pameran terbakar.

Posted by Rantau Fan Club Admin on Wednesday, 18 September 2019

Menurut laporan yang diterima, kawasan yang terbakar itu adalah ruang pameran dan difahamkan, perabot yang dipamerkan iaitu perabot bilik tidur dan tilam berjenama mewah tidak berjaya diselamatkan.

Bagaimana pun, dalam kejadian tersebut tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku, pasukan bomba dan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan mengenai insiden tersebut. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan   Hati Sentiasa Resah Dan Serabut Dengan Masalah?.. Jom Rawat Hati Yang Tidak Tenang Dengan Surah Ad-Dhuha