“Sedang Menikmati Bihun Goreng Percaya Atau Tidak, Saya Masak Sendiri Hidangan Ini” Lim Guan Eng Disahkan Negative Corona

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng mengesahkan dirinya bebas Covid-19 dan berada dalam keadaan sihat. ― Foto ihsan Twitter/Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 19 Mac ―Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng mengaku dirinya bebas Covid-19 melalui satu hantaran dimuat naik di laman sosial Twitter.

Pendedahan dibuat menerusi kapsyen sebuah foto menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makan tengah hari di rumahnya, hari ini.

“Sedang menikmati bihun goreng di rumah sebagai hidangan makan tengah hari. Percaya atau tidak, saya masak sendiri hidangan ini.

“Saya juga disahkan tidak dijangkiti wabak Covid-19,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Sarikei Wong Ling Biu telah dimasukkan ke Hospital Sibu selepas disyaki dijangkiti wabak Covid-19.

Wong dikatakan menghadiri beberapa mesyuarat politik di Kuala Lumpur pada 29 Februari lalu susulan kemelut politik melanda negara.

Beliau menerima rawatan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) di hospital itu dan berada dalam pemantauan rapi.

Artikel Berkaitan   ‘Anak-Anak Menyokong Apabila Mereka Turut Membeli Bahan Bacaan Jawi” Netizen Kagum Uncle Cina Ini Pandai Tulisan Jawi