Sedih Hilang Abam Dalam Masa Yang Singkat, Rezeki Tak Dijangka, Isteri Ali Puteh Hamil

Sedih kehilangan abang tercinta, Abam yang pulang ke rahmahtullah pada Isnin pagi lalu masih belum segar dalam diri Ali Puteh.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari kehilangan abangnya, Ali dikurniakan dengan berita yang tidak pernah dijangkakan.

Berita yang tidak pernah disangkakan oleh pelawak tanah air ini bahawa isterinya, Melati Fitri Abdullah disahkan hamil enam minggu.

Berita gembira itu disambut dengan penuh kesyukuran.

Kesedihan oleh setiap ahli keluarga yang penuh keperitan atas pemergian Allahyarham Abam akan bakal digantikan dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata buat Ali.

“Syukur padaMu ya Allah… sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang.

“Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.

“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.

“Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” katanya penuh sebak seperti dilaporkan portal hiburan Gempak.

Apabila ditanya mengenai kandungan isterinya, Ali menyatakan bahawa pemeriksaan berkala akan dilakukan seperti bisa mengikut prosedur tertentu.

“Insya-Allah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain.

“Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung berlubang).

“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

Ali kehilangan puteri keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah pada 26 November lalu yang telah disahkan meninggal dunia oleh kerana jantung berlubang dan mengalami masalah injap jantung terbalik.

Ainul yang menghembus nafas terakhirnya ketika usia tiga bulan selepas 17 hari dirawat di hospital.

Selain Ainul, Ali dan isterinya mempunyai seorang lagi puteri berusia tiga tahun bernama Sharifah Nur Aaira Qaireen.

Sumber: Astro Gempak Astro Awani