Sekarang Dah Boleh Nikah Online, Tempoh Akad & Nikah Kurang Dari 15 Minit

Disebabkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang kini telah pun memasuki fasa ketiga, mesti ramai pasangan yang telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan — terpaksa menangguhkan hasrat mereka buat sementara waktu ini.

Majlis kenduri kahwin ni selalunya meriah-meriah belaka, dan sudah tentulah akan menjadi tempat saudara mara berkumpul beramai-ramai.

Namun ketika ini, aktiviti seumpama itu adalah salah dan tidak menepati matlamat untuk menamatkan rantaian jangkitan COVID-19.

Tapi, jangan risau sebab ada alternatif lain untuk korang tetap berkahwin menerusi nikah online!

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan misalnya, telah melaksanakan proses akad & nikah dalam talian itu semalam — seperti yang turut dikongsikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam laman Twitternya semalam.

Majlis akad nikah secara sidang video itu adalah yang pertama di negara ini, membabitkan pasangan Muhammad Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Shariff.

Menariknya, tempoh masa yang di ambil kurang dari 15 minit.

Usaha ini selari dengan keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, yang membenarkan majlis akad nikah secara dalam talian bagi kes yang tertentu dan khusus.

Bagi anda yang berniat untuk meneruskan pernikahan dengan cara ini, boleh ikuti langkah berikut yang turut disediakan Dr. Zulkifli ya.

Tapi jangan lupa, ini semua tertakluk kepada kebenaran jabatan agama negeri masing-masing okay? Jangan main redah je.

 

Sumber : Lobakmerah