Sekolah Jadi Kecoh, Murid Bertempiaran Lari Apabila Seorang Budak Memeganng Bom Tangan Graned

Seorang kanak-kanak mencetuskan panik di sebuah tadika di Sweden apabila dia membawa sebutir grenad yang ditemui di padang sasar untuk ditunjukkan kepada rakan-rakannya, kata beberapa pegawai tempatan hari ini.

Kanak-kanak lelaki itu tiba bersama grenad tersebut dalam genggamannya di tadika berkenaan di bandar Kristianstad, selatan Sweden semalam.

Seorang guru melihat bom tangan itu dan menghubungi polis.

Pasukan polis yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan bahawa grenad itu berbahaya. Budak lelaki tersebut menemui bom itu di padang sasar Rinkaby di luar Kristianstad.

Polis kemudian menutup kawasan itu, manakala skuad pemusnah bom mematikan grenad itu di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

“Kami tidak tahu kemusnahan dan kehilangan nyawa yang akan berlaku sekiranya bom tangan itu meletup,” kata seorang jurucakap polis kepada agensi berita. – AFP

(Visited 758 times, 1 visits today)