“Selamat Kembali Ainul Mardhiah” Netizen Sebak Dengan Perkembangan Yang Positif

Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi 10 bulan yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya di London, United Kingdom (UK), dalam perjalanan pulang ke tanah air bersama kedua-dua ibu bapanya.

Perkara itu dikongsikan oleh ibunya, Nurul Erwani Zaidi menerusi satu hantaran Instastory di laman Instagram milik beliau sebentar tadi.

“Allah permudahkan perjalanan kami sampai ke Malaysia, berikan kami sekeluarga kekuatan untuk menghadapi segalanya.

Bye London, we will miss this adorable moments,” tulisnya hari ini.

Melalui satu lagi Instastory di Instagram bapanya, adik Ainul berada di dalam pesawat sudah bersiap sedia pulang ke tanah air.

Sebelum ini Ainul telah membuat persiapan pulang ke tanah air tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan masalah jangkitan.

Ainul telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di sebuah Hospital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu, terus menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah.

Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1juta itu, berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   "Ya, Saya Bunuh Dia Sebab Dia Beri Saya Koronavirus." Jururawat Bunuh Doktor Sebab Covid-19, Bila Diselidik Mereka Tiada Jangkitan