Selamba Buat Sek* Depan Orang Ramai, Pasangan Ini Ditahan, Paling Parah Ia Langsung Tidak Pedulikan Hingga Digari Polis

SEPASANG pelancong ditahan pihak berkuasa Filipina selepas melakukan hubungan seks tanpa mengendahkan orang ramai di Pantai Bulabog, Boracay.

Lapor Daily Mail, lelaki warga Australia dan pasangannya rakyat Britain itu tanpa segan silu menyambung kembali aksi berahi mereka tanpa mempedulikan teguran anggota polis yang tiba di lokasi.

Jurucakap polis tempatan Koperal Joel Banga-ora berkata, pasangan itu mabuk dan tidak mengendahkan kehadiran polis sebelum menyambung perlakuan asmara mereka.

“Walaupun digari ketika di bawa ke balai polis, tetapi mereka masih bermesra antara satu sama lain di belakang trak polis.

“Mereka tidak malu apabila perlakuan sumbang tanpa memakai seurat benang itu menjadi perhatian orang ramai termasuk kanak-kanak,” katanya.

Katanya, pasangan itu dikenali sebagai Jasmine Nelly and Anthony Carrio, masing-masing berusia 26 tahun ditahan di Balai Polis Perbandaran Melayu dan bakal didakwa di Pejabat Pendakwaan Aklan.

“Maklumat peribadi termasuk nama mereka tempat dan perbicaraan dijadualkan bulan ini tetapi belum ada tarikh tepat.

“Jika mereka tidak hadir pada perbicaraan itu nanti mereka boleh dikenakan larangan perjalanan ke Filipina pada masa akan datang,” katanya.

Pasangan terbabit dibebaskan dengan wang jaminan 6,000 peso (RM492) setiap orang dan lelaki berkenaan dikenakan bayaran tambahan 3,000 peso (RM246) berikutan tidak patuh kepada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan   Utusan Kosmo Terharu Masyarakat Yang Memviralkan Untuk Selamatkan Syarikat Itu Terutamanya Sokongan 3 Artis Ini