Selamba Tambah “Anji*G” Dalam Nama Bapa, Najib Tegur Netizen Biadap

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Mentor usahawan Najib Asaddok terpanggil memberi teguran selepas nama bapanya dihina warga maya.

Najib berkata penghinaan itu bukan kali pertama diterima membuatkannya terpanggil memberikan teguran.

“Hendak mencaci, menghina saya terpulanglah. Itu tanggungjawab diri masing-masing dengan Allah.

“Tetapi sehingga menyamakan arwah ayah saya sama dengan haiwan, itu terlalu biadap.

“Jadilah manusia bertanggungjawab. Ingat apa kita buat itulah akan berkali ganda kita terima,” coretnya di Facebook.

Beliau mengulas komen warga maya yang menghina nama bapanya sekaligus memperlekeh kelas usahawan yang dibangunkan.

Najib berkata apa yang diutarakan adalah peringatan bersama untuk saling mengelak penghinaan kepada orang lain.

“Jangan hina keturunan orang lain yang tiada kena mengena pun dengan diri kita ini.

“Lebih-lebih lagi pada tahap haiwan. Bukan kali pertama saya kena macam ini, berkali-kali sudah.

“Kali ini saya bertanggungjawab beri teguran,” katanya.

kredit projekmm