Selambe Jalan Badan Berdarah, Kepala Tercucuk Dengan Pisau, Orang Ramai Jadi Panik Lihat Lelaki Ini

NEW YORK: Bagaikan babak filem seram, seorang lelaki di Harlem di sini, dilihat berjalan dalam keadaan berlumuran darah dengan sebilah pisau terpacak di kepalanya, pada Selasa. New York Post melaporkan lelaki berusia 36 tahun itu dikatakan dipukul sebelum pisau itu ditikam di kepalanya.

Orang ramai yang melihat lelaki terbabit segera menghubungi ambulans kerana khuatir mangsa akan kehilangan banyak darah.

Sepasukan kakitangan perubatan dikejarkan ke lokasi namun lelaki itu pada mulanya enggan masuk ke dalam ambulans untuk diberikan rawatan. Selepas dipujuk, lelaki itu akur dan menerima rawatan lanjut.

“Keadaan lelaki itu seperti tidak ada apa-apa yang berlaku,” kata seorang individu ketika ditemui. Video lelaki itu berjalan bersama pisau terpacak di kepala tular di media sosial.

Menerusi rakaman video itu, perakam video menjerit, ‘lelaki ini ditikam. Berdasarkan maklumat, lelaki itu bergaduh dengan seorang lelaki dan wanita sebelum ditikam.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Tahukah Anda, Air Sejuk Lebih Baik Diminum Berbanding Air Suam