Selepas Bercerai 41 Tahun Yang Lalu, Cinta Pasangan Ini Berputik Semula Selepas Berlaku Perkara Yang Tidak Diduga

Pasangan warga emas, Mohd Jusoh, 68, dan Mek Kadijah Awang, 62, telah menceriakan anak dan cucu apabila mereka mengambil keputusan untuk merujuk semula selepas berpisah selama 41 tahun.

Majlis pernikahan serba ringkas diadakan di Kampung Kuala Kubang, Jabi, Besut oleh jurunikah, Abd Zaman @ Mohamed dengan mas kahwin RM1,300.

Mek Kadijah yang berasal dari Kampung Gong Nangka pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1971 dan dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan, Zaleha, 45 dan Mahadi, 41, sebelum bercerai pada tahun 1978.

Mereka kemudian membawa haluan masing-masing dan berkahwin dengan pasangan baru selepas itu.

“Saya mendapat tahu Mek Kadijah telah berpindah ke Kampung Kuala Kubang, Jabi setelah menikah baharu dengan Hussin Mohamad dan memperolehi lima anak.

“Keinginan untuk kembali merujuk dengan Mek Kadijah timbul apabila mengetahui bekas isterinya sudah kematian suami sejak tiga tahun lalu. Kebetulan saya juga telah kematian isteri sebelum itu,”  kata Mohd Jusoh pada Kosmo!.

Artikel Berkaitan   Video Panda Menjerit Macam Bayi Ketika Dipegang, Rupanya Panda Mengada Je Jerit Lebih-Lebih ”Comel Je!”