Selepas Disingkir Dari Parti Lama, Tun Mahathir Umumkan Parti Baru “PEJUANG” Guna Logo Huruf Jawi

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini memperkenalkan logo menggunakan huruf jawi “pa”.

Parti baru yang diasaskan Tun Dr Mahathir itu berkata, lambang parti “pa” berbentuk seakan-akan perisai merupakan simbolik kepada pelindung, pertahanan dan pejuang parti yang sedia berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

Manakala huruf jawi dipilih sebagai mewakili Melayu, khusus untuk kaum itu yang bersifat inklusif dan moderat.

Sementara tiga titik di atas mewakili Rukun Iman, Rukun Islam, dan Rukun Negara.

View this post on Instagram

Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG)

A post shared by Maszlee Malik (@maszlee) on

“Antara lain, tiga perkara utama perjuangan politik Pejuang ialah sentiasa berpandukan prinsip demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan dan Islam sebagai agama Persekutuan,” kata parti itu dalam kenyataan.

Melalui cogan kata “perjuangan berprinsip”, parti itu memilih warna biru ‘pantone’ sebagai warna asas logo, lambang kesatuan dalam berparti dan bernegara.

Dr Mahathir pada 7 Ogos lalu mengumumkan pembentukan parti baru selepas disingkirkan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan menamakan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai presiden.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Lalu Laluan Kecemasan, Berhenti Tengah Jalan, Ugut Dengan Kunci Stereng, Samseng Jalan Berjaya Ditahan