Selepas Diuji Dengan Dugaan Yang Berat Dalam Hidup, Oksana Meluahkan Rasa Syukurnya Kerana Anak Tetap Membesar 2 Bulan

Bekas ratu cantik Rusia yang dikaitkan pernah menjadi isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan membesarkan anak lelakinya dengan sempurna.

Rihana Oksana Petra melalui Instagram peribadinya @Rihanapetra berkata, dia berbangga kerana dalam tubuh anak lelakinya yang dinamakan Leon mengalir darah Malaysia.

“Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…

dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran!

Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia!

Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya – seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza.

Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua.

Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini.

Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan . Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya.

Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur.

Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku!
P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku.❤️”

Beliau menyatakan ketika menulis posting itu dia tidak dapat menahan air mata kerana tangisan kegembiraan dan kesyukuran.

Posting itu juga bagi memberitahu pengikutnya usia Leon hari ini genap dua bulan.

Artikel Berkaitan   Wanita Ini Terkejut Simpanan RM59,600 Hanya Berbaki RM100. Polis Ambil Serius Sahkan Perkara Ini

Minggu lalu, negara kecoh dengan kisah Oksana dengan Sultan Kelantan yang dikatakan bercerai dengan talak tiga.

Penceraian itu turut disahkan oleh peguam Sultan Muhammad, Koh Tien Hua yang memaklumkan pasangan terbabit bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah. – K! ONLINE