Selepas Melahirkan Anak Yang Ke 44, Wanita Paling Subur Di Dunia Ini Rahimnya Terpaksa Dipotong Oleh Doktor

Mariam Nabatanzi yang dikenali sebagai ‘wanita paling subur di dunia’ telah melahirkan anak sejak daripada usianya 13 tahun lagi. Ketika itu, beliau melahirkan anak kembar dua, kemudiannya kembar tiga, empat dan pernah juga kembar lima.

Kini usia Mariam sudah mencecah usia 40 tahun dan suaminya telah pun meninggal dunia 4 tahun lalu. Beliau terpaksa membuat semua kerja-kerja rumah sendirian serta terpaksa menyara keluarga dengan melakukan tiga kerja berbeza pada siang hari.

Doktor yang merawat Mariam, Dr Charles Kiggundu terpaksa memotong saluran rahimnya daripada bahagian dalam. Menurut doktor juga, Mariam mempunyai saiz rahim yang luar biasa, selain sering menghasilkan telur yang banyak dalam satu-satu kitarannya, membuatkan peluang untuk mendapat anak kembar itu cukup tinggi.

Sumber: Elite Readers

Artikel Berkaitan   “Kasih Sayang Seorang Papa .. Wlpn Nak G Work,Hangkut Semua Ikut Hari Ni” Almy Nadia Cerita Kisah Fizz Fairuz Gigih Bangunkan Keluarga