Selesai Kontroversi Lepas, Zarina Anjoulie Gembira Teman Lelakinya Mencacah Tatoo Namanya Di Dada

Kembali dengan kontroversi panas minggu lalu apabila membuka tudung dan menayang payudaranya, nama Zarina Anjoulie sekali lagi hangat diperkatakan.

Zarina menerusi akaun Instagram berkongsi foto kekasih barunya pula. Apa yang menarik perhatian ramai ialah lelaki itu mempunyai ukiran tatu nama Zarina. Mungkin sebagai bukti cinta dan simbolik agar kehangatan asmara yang terjalin antara mereka kekal abadi. Cewah!

Menurut beberapa sumber, lelaki berkenaan merupakan seorang duda. Jika dilihat, dia  mempunyai tatu yang tertulis beberapa nama di dadanya. Nama yang sudah dipotong  adalah nama bekas isteri manakala yang lain adalah nama anak-anaknya iaitu Mason dan Camilla.

Jelas terpancar di wajah Zarina betapa bahagianya dia dilamun cinta. Apa-apa pun, harapanya hubungan mereka berdua ini berkekalan.

Sumber Berita : Forum CARI