“Selipar Pun Tak Sempat Pakai..” Rak4man Budak Perempuan L4ri Rumah Pukvl 5 Pagi Sebab Telef0n Dir4mpas Kakak

Telefon pintar adalah salah satu gajet yang penting bagi era sedang membangun kini.

Namun penggunaan secara berlebihan boleh membawa keburukan, terutama bagi golongan kanak-kanak. Ibu bapa berhak mengambil tindakan sebagai hukuman buat anak-anak yang tidak patuh arahan.

Hal ini dikongsikan oleh seorang wanita yang memuat naik sebuah video ‘pember0ntakan’ adik-adiiknya apabila telefon bimbit milik mereka dirampas.

Tular sebuah video seorang kanak-kanak perempuan did4kwa mel4rikan diri dari rumah pukul lima pagi dipercayai kerana telefon bimbitnya dir4mpas oleh kakaknya semalam.

Menerusi perkongsian video oleh seorang wanita di laman aplikasi TikTok, kelihatan kanak-kanak perempuan itu mel4rikan diri dengan berkaki ayam tanpa menghiraukan panggilan kakaknya.

“Pukul 5 pagi weh…”

Berdasarkan video berdurasi 32 saat di TikTok, kanak-kanak perempuan yang bersama seorang lagi budak lelaki dilihat berlari di satu kawasan perumahan pada pukul 5 pagi.

“Teringat adik saya wkatu 6 tahun dulu…”

Ruangan komen juga dihujani dengan komen-komen yang berkongsi pengalaman lucu ketika dulu-dulu. Ada yang berkongsi pengalaman adik yang berusia 6 tahun lari rumah dengan membawa beg sekolah.

Menerusi tinjaun di ruangan komen, rata-rata orang ramai menasihati supaya ibu bapa kanak-kanak tersebut lebih tegas dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka.

“Pandai nak lari rumah, teringat adik saya waktu dia enam tahun saja marah, selepas itu dia ambil beg sekolah terus nak lari rumah,” kata @Zanzalieka.

“Mesti ada lagi kali kedua…”

Tidak kurang juga netizen yang memberi pesanan supaya lebih berjaga-jaga dengan kelakuan lari rumah ini kerana dikhuatiri akan berlaku sekali lagi.

“Bila dah lari rumah, mesti akan ada lagi untuk kali kedua, kena tegas lagi awak risau tengok budak-budak sekarang macam ini,” jelas @Imran_isha.

Artikel Berkaitan   Wanita Ini Disaman Suami Sendiri Kerana Tidak Memakai Helmet, Alasan Si Isteri Amat Melucukan!

“Saya dulu pernah lari rumah selama dua hari, selepas itu saya balik rumah tiba-tiba mak tanya kenapa balik? terus sentap hati saya,” ujar @Nopale4y5.

“Pernah lari rumah angkut 3 beg nak lari…”

Majoriti netizen berkongsi pengalaman sendiri pernah lari rumah dan sehingga kini masih digelakkan oleh ahli keluarga.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih satu juta tontonan dan 71,500 tanda suka di akaun TikTok miliknya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

sumber: kosmo