Sementara Tunggu Bekalan PPE Sampai, Staf Kesihatan Guna Plastik Lindung Kepala (Video)

Para petugas kesihatan merupakan barisan hadapan negara dalam menangani wabak Covid-19. Mereka bekerja bertungkus-lumus memastikan semua mangsa yang dijangkiti mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Di sebalik semua itu, terdapat pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh barisan petugas. Demi amanah yang digalas, segalanya sanggup dilakukan.

Seperti perkongsian oleh seorang wartawan, Melissa Goh, mengenai petugas kesihatan di Kelantan yang menggunakan plastik sebagai alat perlindungan di bahagian kepala.

Ianya untuk mengelakkan mereka daripada dijangkiti wabak Covid-19 ketika merawat pesakit sementara menunggu bekalan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) tiba.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Terima kasih atas jasa bakti seluruh anggota petugas kesihatan dan semua pihak yang terlibat dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini.

Moga Allah melimpahkan ganjaran pahala yang setimpalnya ke atas kalian semua. Amin!

Sumber: Melissa Goh

Artikel Berkaitan   "Along Terus Peluk Saya Bila Nampak Saya Sampai Di Majlis Itu,"