‘Semua orang gelak sebab KFC jadi hantaran’

Semalam trending di Twitter mengenai Bucket Ayam Goreng KFC dijadikan sebagai hantaran pertunangan mengundang pelbagai respon netizen.

Ada yang kata comel, ada yang bertanya “Tak berbau ke satu rumah?” dan sebagainya. Namun bagi tuan empunya badan berkata, itu semua tak perlu dikisahkan kerana dia sememangnya peminat ayam goreng dari restoran berhawa dingin itu.

“Sebab aku suka sangat ayam goreng! So yaa, untung dapat tunang yang memahami. Hahaha! Semua orang gelak sebab KFC jadi hantaran.

“Sebenarnya aku yang minta. Yelah, sebab makanan kan. Biasa orang tunang bagi makanan, manisan, tinggal satu dulang saja tak tahu nak bagi apa. Dia pun tak ada idea. So, apa lagi, tengoklah KFC jadi list paling last sekali.

“Pastu nak dekat majlis, aku tanya balik. Oke ke KFC tu? Dia cakap ok saja. Cuma risau siapa yang nak pergi beli nanti apa semua. Aku cakaplah kalau susah, tak apa. Bagi yang lain saja. Dia pun senyap je, tak cakap apa-apa sampailah dah majlis.

“Aku tak expect dia letak sebagai hantaran juga do. Hahaha! Ingatkan tak jadi. Aku keluar je pergi depan, mata terus nampak kotak KFC itu. Pastu mulalah senyum-senyum kambing di depan semua orang. Yang diorang dok “Bau KFC lah, bau KFC” Hahaha! Malu!

“Tak pernah ke orang buat ayam goreng jadi hantaran? Tunang aku mula macam “Serius ah nak letak KFC? Mana ada orang buat” Hahaha! Asalkan makanan kan, bedal je.

“As long makanan, ala untuk majlis tunang je pun. Hehe! Masuk perut pun kenyang. Tapi itulah ayam sejuk dah. Hahaha! Tapi apa ada hal, bedal saja makan dengan family.

“Doakan kitorang kahwin tahun 2020 bertemakan mood klasik ya. Lekas doa! Hehe!” katanya.

REAKSI NETIZEN

(Visited 180 times, 1 visits today)