“Semua Orang Tahu Saya Tak Pandai Masak, Saya Tengah Belajar”

Siapa sangka perkenalan singkat selama dua bulan antara Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar yang merupakan seorang juruterbang berakhir di jinjang pelamin. Emma menyifatkan suaminya itu seorang yang mementingkan keluar, agama serta bersikap matang.

Menurut Emma dia bersyukur dikurniakan seorang suami yang memahami dan suaminya adalah hadiah daripada Allah untuk dirinya. Dalam pada itu, Emma mengakui dia tidak tahu memasak dan kini sedang cuba belajar demi suaminya.

“Saya terkejut lagi, saya pun tak sangka yang saya ada suami, jadi isteri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dia seorang yang memahami. Antara ramai kenal, dia lain dari yang lain.

“Saya berdoa dulu di Mekah, Allah jodohkan saya dengan dia. Dia hadiah untuk saya daripada Allah.

“Saya tengah belajar memasak lagi, semua orang tahu saya tak pandai masak. Jadi, saya cuba jadi yang terbaik buat suami saya. Inshaallah, saya akan cuba,” katanya.

Dalam pada itu, suaminya, Shazli Azhar turut berkongsikan keindahan berumah tangga dan memiliki seorang isteri yang mempunyai minat untuk belajar memasak. Malah, Shazli turut memuji masakan dan air tangan Emma.

“Banyak perbezaan dari sudut positif, dari kurang memasak dia dah mula belajar memasak. Memang sedap. Pengalaman saya pertama kali kahwin, ada isteri kemudian isteri pula masak. Feel itu lain, saya sarankan anak muda kahwin cepat,” katanya.

Sumber : Rotikaya

Artikel Berkaitan   Anak maut gara-gara ibu langgar lampu isyarat merah