BEIJING – Sejenis senaman gaya baharu mula mendapat tempat dalam kalangan penduduk bandar di China.
Senaman itu menyaksikan pengamalnya merangkak di sekitar taman riadah dengan hanya menggunakan tangan dan kaki.
Menurut mereka yang mengamalkan senaman tersebut, gerakan sedemikian mampu melegakan sakit belakang dan leher, selain mereka berasa selesa setelah mengamalkannya untuk beberapa ketika.
Trend senaman baharu itu turut menarik minat golongan muda, antaranya penuntut universiti.
Seorang daripada mereka berkata, ia bukan sahaja melegakan sakit leher, malah turut memperbaiki penglihatannya, namun tidak kurang juga yang berpendapat senaman tersebut kelihatan menyakitkan dan tidak selesa untuk badan. – Agensi