Seorang Lelaki Trauma Melihat Isi Perutnya Terburai Kerana Ditikam Bekas Teman Wanitanya

GEORGE TOWN – Seorang lelaki cedera parah dengan isi perut terburai selepas ditikam oleh bekas teman lelaki kekasihnya yang cemburu dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Lorong Abu Sitti di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, pemilik premis tersebut berusia 46 tahun yang cuba menghalang turut cedera pada tangan selepas ditikam suspek.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, suspek berusia 54 tahun telah menyerbu masuk pusat hiburan itu sebelum bertindak menikam mangsa berusia 40 tahun itu.

“Selepas menikam mangsa, pemilik pusat hiburan itu cuba menahan tindakan tersebut sebelum suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal.

“Akibat kejadian itu, perut mangsa terburai terkena tikaman, manakala pemilik pusat hiburan tersebut cedera pada lengan kanan dengan isi terkeluar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Che Zaimani berkata, hasil siasatan pihaknya ke atas teman wanita mangsa berusia 46 tahun mendapati dia mengenali suspek sejak enam tahun lalu sebelum mereka berpisah kira-kira sebulan lalu.

“Suspek dan bekas teman wanita merupakan rakan kongsi perniagaan nasi ayam di Greenlane dan mereka pernah tinggal di rumah yang sama.

“Mereka kini tidak lagi tinggal bersama selepas wanita itu mempunyai teman lelaki lain iaitu mangsa sehingga membuatkan suspek cemburu,” katanya lagi.

Beliau berkata, suspek kemudiannya berjaya ditahan kira-kira pukul 6 pagi tadi di Pulau Tikus di sini selepas pihaknya menerima laporan. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   2 Mayat Warga India Ditemui. Seorang Mati Tergantung Seorang Dalam Bilik Air