Seorang Mayat Wanita Yang Busuk Dijumpai Terapung Tanpa Seurat Benang Di Kawasan Perangkap Sampah

SHAH ALAM – Mayat seorang wanita tanpa pakaian ditemui terapung di perangkap sampah berdekatan kunci air Jalan Sungai Kandis, Seksyen 36, di sini, hari ini.

Mayat belum dikenalpasti identiti berusia 30-an ditemui orang awam kira-kira pukul 9.56 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, seramai sebelas anggota termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul  9.58 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota dimaklumkan bahawa terdapat mayat seorang wanita terapung berdekatan perangkap sampah.

“Anggota bomba bertindak mengangkat mayat wanita itu sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hafisham berkata, bagaimanapun tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui bersama mayat wanita terbabit.

Difahamkan mayat berkenan sudah lima hari meninggal dunia berdasarkan keadaannya yang hampir reput.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat tersebut.

“Siasatan lanjut masih dilakukan termasuk menunggu laporan bedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Suami “Naik Hantu” Pagi-Pagi Buta Tikam Isteri Yang Mahu Pergi Kerja