Seorang Suami Terganggu Ketika Tidru Apabila Menyedari Bahawa Kemaluannya Telah Dikelar Dengan Pisau

IPOH – Angkara cemburu, seorang wanita bertindak mengelar dan menikam kemaluan suaminya menggunakan pisau dalam satu kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Bestari Meru, Jelapang malam tadi.

Kejadian sekitar jam 12.30 malam itu menyebabkan mangsa yang juga warga Sri Lanka berusia 40 tahun mengalami cedera parah di bahagian kemaluan dan leher.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, kejadian disedari orang ramai selepas mangsa keluar dari kediaman itu bagi mendapatkan bantuan.

“Siasatan di lokasi kejadian telah menemui tompokan darah bermula dari tilam hingga ke luar bangunan. Sebilah pisau disyaki senjata yang digunakan suspek dalam kejadian itu turut dijumpai, senjata berkenaan didapati telah cuba dibersihkan.

“Wanita warga Sri Lanka berusia 48 tahun itu bagaimanapun didapati telah melarikan diri, usaha mengesan kini sedang dijalankan,” katanya.

Tompokan darah ditemui di atas tilam dan bahagian dalam rumah.

Beliau berkata, pasangan itu masuk ke negara ini secara sah menggunakan pas pelancong dan menyewa di rumah kedai berkenaan.

“Menerusi pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV), tiada kelibat pergerakan orang luar melainkan mangsa yang berlari keluar dari tempat kejadian sementara suspek berada dalam tempat kejadian itu.

“Kemungkinan kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur. Buat masa ini, kita syaki kejadian berpunca daripada cemburu,” katanya.

Mohamad Nordin berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya.

(Visited 943 times, 1 visits today)