Sepasang Suami Isteri Maut Apabila Merempuh Pembahagi Jalan, Sedih Melihat Anak Kecil Mereka Ditinggalkan

PETALING JAYA – Satu pasangan suami isteri meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan tiga motosikal di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke ibu negara di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, Muhammad Hamadi Zakaria, 31, dan Nur Syuhadah Zaini, 31, yang menunggang motosikal jenis Honda CB500 disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, dua lagi mangsa yang terlibat mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati motosikal ditunggang oleh dua mangsa yang cedera itu telah berlanggar dan terbabas di tengah jalan di lokasi tersebut.

“Mangsa dan isterinya tidak dapat mengelak dan telah melanggar dua motosikal jenis Yamaha LC135 dan Suzuki Axelo itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman menambah, dua lagi penunggang motosikal yang parah dikejarkan ke PPUM untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa yang parah dikenali sebagai Mohd. Saad Ismail, 45, dan Sainuddin Sukur, 51.

“Manakala mangsa yang maut dibawa ke PPUM untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kosmo! Online difahamkan pasangan ini meninggalkan dua anak perempuan yang masing-masing berumur enam dan dua tahun. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Jika Ada Sesiapa Di Antara Kita Atau Ahli Keluarga Kita Yang Ditakdirkan Nanti Ditahan Di Wad Hospital.Sebelum Keluar . Bacalah Ayat-ayat Suci Al-Quran Ini Lalu Hembus Kiri, kanan, Depan Dan Belakang Sebelum Pulang.. Ini 5 Kes Yang BENAR Terjadi !!..