“Sepatutnya Hari Ni Kita Akan Dapat Tengok Kereta Terbang Di Malaysia, Tapi Disebabkan Hal Ini Kita Terpaksa Tangguh”

Hari ini sepatutnya dijadualkan bagi sesi pandu uji kereta terbang negara yang dilaporkan akan diadakan secara tertutup di UNIKL MIAT Hangar Subang.


Namun begitu, penerbangan ini tidak mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Lokasi yang dipilih untuk ujian penerbangan itu dilaporkan terletak kurang 200 meter daripada trafik syarikat penerbangan komersial dan helikopter dan jelas berada dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang yang berada bawah pengawasan ketat oleh Kawalan Trafik udara.

Ujian keatas kereta terbang yang dilabel sebagai EH216 ini perlu mengikut Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016) dan CAAM bagaimanapun terbuka untuk berbincang mengenainya jika ada lokasi yang lebih sesuai.

Kereta terbang ini juga dikenali sebagai Super Dron, ia menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan bakal menjadi revolusi pengangkutan udara pertama di dunia. Super Dron itu dihasilkan menerusi usaha sama EastCap Bhd dengan dua syarikat dari China iaitu EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited.

Ia mampu terbang dengan ketinggian 300 meter dan kelajuan maksimum 130 kilometer (km) sejam dengan jarak bagi kapasiti bateri adalah sejauh 110 kilometer.

Sumber