Serbuk Dalam Plastik Lutsinar Membongkar Kegiatan Seorang Wanita Menjadi “Tokan Dadah” Untuk Menyara Kehidupannya

Langkawi – Polis menahan seorang wanita disyaki pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit Malut Mukim Ulu Melaka semalam.

Wanita yang berusia 46 tahun dikatakan melakukan aktiviti itu di sekitar Bukit Malut ditahan pada jam 5 pagi semalam.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menemukan lima paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 22.50 gram.

“Suspek sudah mendapat perintah tahanan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Artikel Berkaitan   Wanita Ini Tuduh Syafie Naswip Terlibat Dengan LGBT, Sempat Screenshot Komen Tersebut, Akhirnya Wanita Ini Akur