Sering Diperlekehkan Digelar “Budak” Dalam Parlimen, Syed Saddiq Gesa Rakyat Tolak Ahli Parlimen Tak Berkualiti

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berang selepas dirinya digelar sebagai ‘budak’ ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat.

Jelasnya, golongan muda seharusnya tidak dipandang rendah dan perlu diberi ruang menyampaikan pandangan demi kepentingan negara.

Pada masa sama, Syed Saddiq mengajak pengundi berhenti daripada menyokong ahli politik yang sering memandang ringan kepada kemampuan anak muda.

“Saya bangkitkan soal pelaksanaan SOP Covid-19 yang selektif kepada menteri dan orang awam.

“Bila saya tanya, dilabel ‘budak-budak kecil’. Tidak mengapa. Ingat muka-muka lama ini. Lepas ini tukar! Biar anak muda ambil alih,” katanya di Twitter.

Semalam, Syed Saddiq digelar sebagai ‘budak’ oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Syed Saddiq juga pernah digelar ‘cucu’ oleh beberapa ahli parlimen berpihak kerajaan.

Insiden itu berlaku ketika Syed Saddiq cuba mencelah perbahasan daripada Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   “Kami Tiada Apa-Apa Masalah Apa Pun, Saya Nasihatkan Cukup-Cukuplah Lagakan Kami Kerana Anak-Anak”