Terbau Busuk Datang Dari Bilik Rakan, Wanita Ini Tidak Percaya Sudah 3 Malam Tidur Serumah Dengan Mayat

Berita Harian melaporkan bau busuk dihidu rakan serumah membawa kepada penemuan mayat guru wanita dalam keadaan terlentang di lantai bilik sebuah apartmen di Manggatal, dekat sini, semalam.

Guru tersebut Kujaimah binti Jandih @ Jai ,27, didapati tidak keluar dari bilik sejak beberapa hari lalu sehingga kejadian itu disedari rakannya pada kira-kira jam 6 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pengadu wanita berusia 20-an yang juga rakan serumah wanita itu 10 minit kemudian.

Sejurus terima laporan, kita arahkan anggota ke lokasi kejadian dan sebaik tiba terdapat bau busuk serta ada mayat seorang wanita di bilik berkenaan.

Mayat ditemui dalam keadaan terlentang di lantai dan terdapat kesan darah dipercayai akibat terjatuh ketika seorang diri di bilik.

Wanita itu dipercayai sudah meninggal empat hari lalu sebelum ditemui semalam.

Menurut rakan serumah, wanita itu sudah tiga hari tidak keluar rumah dan hasil maklumat awal daripada ahli keluarganya bahawa wanita terbabit dipercayai ada sakit jantung,katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, kematian guru itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayatnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.Al fatihah.

Apa yang berlaku mengundang pilu insan insan yang mengenali arwah antara nya Saidatul yang memuat naik status mengenai rakan nya itu.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dukacita dimaklumkan saya telah kehilangan sahabat saya, Kujaimah @ Jai.

Ya Allah kau ampunilah dosanya, tempatkan beliau dalam kalangan roh orang yang bertaqwa, sesungguhnya beliau seorang sahabat yang selalu ingin menggembirakan hati orang disekelilingnya 😢

Mohon sedekahkan alfatihah, dan doakan roh arwah dalam kalangan orang yang beriman. Halalkan makan minum arwah sepanjang perkenalan. Kalau ada hutang yang belum langsai boleh pm.

Thank you.

Update : untuk yang bertanya, punca kematian arwah masih belum dikenalpasti. Masih dalam proses post mortem di hospital. Doakan semoga urusan arwah dipermudahkan.

Sumber: Saidatul Syuhada Sulaiman via https://accidentportal.net/