Salam min. Aku ceraikan bini aku dengan talak tiga. Ya, talak tiga. Aku tak tahu nak mulakan cerita macam mana.
Aku bagi semua yang terbaik, makan, pakai, zahir, batin. Aku bekerja, dia suri rumah dan anak tiga orang. Di hujung bulan, bawa keluar berbelanja. Kadang-kadang tinggalkan anak untuk bawa dia pergi bercuti berdua.
Tapi satu masalah dia. Dia kerap kali meminta cerai. Bila ada perselisihan faham atau perkara remeh je, ayat yang dia ulang-ulang,
“Ceraikan saya! Ceraikan bagi talak tiga terus. Ceraikanlah!”
Setiap kali min, bayangkan kalau sebulan itu dua kali bergaduh, maka dua kalilah dia minta cerai. Kadang-kadang sampai seminggu dia ulang perkara yang sama.
Aku bertahan, aku bersabar, lapan tahun aku bersabar. Tiap kali nak terlafaz, aku telan semula. Tapi entahlah, mungkin dah tak tertahan mulut aku terus laju melafazkan talak.
Selepas saja melafazkan, semuanya senyap sunyi. Aku sendiri terduduk, terperusuk. Semuanya sudah berakhir.
Dan sekarang bini aku suruh aku bersumpah yang aku tak sedar sewaktu aku melafazkan talak. Dia tak nak berpisah, tetapi aku tak sanggup min nak bermain dengan hukum Allah. Aku cukup sedar waktu tu dan aku sedar memang aku waras dan berniat.
Itulah, aku pun dah jeadi bengong dah sekarang ni. Sabar lelaki jangan dicabar. Mungkin ini yang orang kata, setiap perkataan yang dilafazkan sewaktu emosi kemarahan, semuanya berakhir dengan penyesalan.
Sumber: Kisah Rumah Tangga
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih