Shuib Hulur Bantuan Untuk Kerja Amal Ustaz Ebit Lew

Meskipun dikecam teruk oleh netizen susulan isu sebelum ini, bagaimanapun Shuib Sepahtu menerima ucapan menyentuh hati daripada pendakwah bebas popular Ustaz Ebit Lew di Instagram di atas bantuan pelawak tersebut.

Difahamkan, ia merujuk kepada sumbangan dan sokongan Shuib yang mengajak orang ramai menyokong usaha Ebit dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas berikutan penularan virus COVID-19 ini.

Menerusi perkongsiannya itu, Shuib turut menyertakan nama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi Ebit bagi tujuan amal itu dalam muat baiknya.

Ustaz Ebit turut berterima kasih di atas bantuan Shuib itu dan mendoakan untuk keluarganya agar dimurahkan rezeki.

“Terima kasih Shuib. Allah sayang Shuib dan keluarga. Allah tambah rezeki dan kebaikan mencurah-curah. Terima kasih atas sumbangan,” tulis Ebit.

Terdahulu, Shuib dikecam teruk oleh netizen susulan tindakannya mempertahankan beberapa selebriti yang minta sumbangan untuk penggiat seni yang terjejas. Bagaimanapun Shuib sudah pun memohon membuat maaf dan mengakui kesilapannya itu.

Sumber : Rotikaya

Artikel Berkaitan   “Mila Jirin Sudah Ada 10 Buah Aset,” Netizen Rengsa Tuduh Riak Dan Menunjuk-Nunjuk Pula