Siap pakai stokin tangan & kaki, bukti Lisa Surihani cuba jadi muslimah sejati

Sejak tampil mengenakan hijab, pelakon Lisa Surihani sering menjadi perhatian ramai apabila setiap kali memuat naik posting di laman media sosial.

View this post on Instagram

And it was all yelloww. And blue.

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Ini kerana raut wajahnya yang kelihatan cantik dan manis membuatkan segelintir peminat dan pengikutnya ‘cair’ melihat penampilan menutup aurat itu.

Baru-baru ini, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu ada memuat naik sekeping gambar berpakaian denim biru serta dilengkapi tudung berwarna hitam.

Gambar tersebut sudah semestinya menerima pujian rakan selebriti dan pengikut yang tidak jemu melihat kemanisan wajah isteri kepada pengarah, Yusry Abdul Halim itu.

Ya Allah cantiknya!

Sayang kak Lisa!

‘Gorgeous’ sangat awak ni!

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen tertumpu kepada stokin tangan dan kaki dipakai Lisa yang melambangkan ciri wanita muslimah sejati dalam menjaga auratnya.

Artikel Berkaitan   Renjis pengantin guna hand sanitizer, Ini alasan abang juruvideo