“Siap salam jemaah” – Dah Pergi Beberapa Masjid Buat Ceramah Sejak 9 Mac, Semalam Disahkan Positif Covid-19 Lepas Sertai Himpunan Tabligh

Sehingga kini, masih ada peserta himpunan tabligh di Masjid Jamek, Sri Petaling yang belum buat pemeriksaan Covid-19. Bagi yang dah buat, masing-masing disarankan ikut arahan doktor untuk kuarantin diri mereka di rumah.

Buat ceramah dekat beberapa masjid!

Viral di Twitter (telah dipadam) tentang seorang ustaz yang disahkan positif Covid-19 semalam dan sebelum ini telah pergi ke beberapa masjid untuk membuat ceramah. Mengikut tweet tersebut, masjid yang telah dijejaki ustaz itu adalah:

Masjid Al-Anuar, Klang (16 Mac 2020)
Masjid Kampung Perepat (16 Mac 2020)
Masjid Ar Ridzuan, Kg Sg Serdang (14 Mac 2020)
Surai An-Naim, Taman Sri Andalas, Klang (14 Mac 2020)
Sumber: Twitter

Anak pun dah sah positif Covid-19!

Melalui posting itu juga, viral mesej di Whatsapp yang telah dihantar sendiri oleh anak ustaz terbabit mengakui dirinya telah disahkan positif Covid-19. Dia meminta agar sesiapa yang mempunyai kontak rapat dengannya sepanjang 7 hingga 16 Mac supaya segera ke hospital berdekatan untuk buat pemeriksaan.

Rupanya pakcik dan sepupu tak beritahu mereka pergi ijtimak!

Bukan itu saja, anak ustaz terbabit turut berkongsi kronologi aktiviti yang dia lakukan sepanjang tarikh tersebut bagi memberitahu orang lain untuk kenal pasti sama ada mereka ada kontak rapat dengan dia atau tidak.

Pada 7 & 8 Mac lepas, dia telah menghadiri hari keluarga di Janda Baik yang turut disertai oleh pakcik serta sepupunya yang tidak memaklumkan bahawa mereka telah sertai himpunan tabligh tersebut.

Berikut adalah kronologi yang dikongsikan:

Selain 4 masjid dinyatakan, pada 8 Mac lepas juga ustaz terbabit dijadualkan untuk membuat ceramah di Pangsapuri Rimau Perdana, Shah Alam.

Artikel Berkaitan   “Tabik Dengan Semangat Kerja Rakan Media,” – Siti Sarah Agih Minuman Di Perkarangan Istana, Doa Yang Terbaik Untuk Negara

Bagaimanapun, melalui Instagram ustaz terbabit telah memberi penjelasan sebenar dan menurutnya, dia hanya disahkan positif pada 18 Mac selepas pergi buat pemeriksaan pada 16 Mac.

Bererti pada tarikh yang dinyatakan di atas dia masih belum membuat pemeriksaan dan tidak disahkan positif lagi seperti yang didakwa individu itu. Malah, menurut individu yang itu, dia telah pun memohon maaf dan ustaz berkenaan juga telah memberikan senarai masjid yang telah dia kunjungi pada 9 hingga 18 Mac 2020. Jadi sesiapa yang telah pergi ke masjid-masjid ketika keberadaan ustaz ini disarankan untuk dapatkan pemeriksaan segera.

Sumber : LobakMerah